SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR




SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SMK KAMPUNG NYIUR

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh meriahnya pada 16 Mei 2010. Semua guru berarak ke dewan dengan iringan Pasukan Kompang sekolah dan disambut dengan muzik gamelan. Bacaan ikrar dan nyanyian Kami Guru Malaysia telah di'sumbang'kan oleh guru-guru.Pelbagai aktiviti sukaneka telah dipertandingkan di kalangan guru yang disaksikan oleh para pelajar. Boling nyior, rebut kerusi, tiup belon, masuk jarum dlm benang..waahhh..berlumba-lumba cikgu-cikgi bertanding..nasib baik tak jatuh kerusi. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar dan guru, seperti nasyid, dikir barat, nyanyian (yg bestnya Tuan Pengetua dan Cikgu Ghani tunjuk bakat kali ni..), mendeklamasi sajak dan macam-macam adaaaa..

 
© Hak Cipta Terpelihara 2015, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR DUNGUN TERENGGANU.