Isnin, 4 Julai 2011

Pengetua SMK Kampung Nyiur

Pengetua SMK Kampung Nyiur Encik Anuar bin Ibrahim telah bersara wajib pada 10 Februari 2011. Selamat bersara kepada Mantan Pengetua SMK Kampung Nyiur
Mulai 17 April 2011 SMK kampung Nyiur mendapat Pengetua Baru Tuan Haji Mohd Hanafi bin Abd Mutalip.

Warga SMK Kampung Nyiur berbesar hati menyambut kedatangan Pengetua baru SMK Kampung Nyiur.

Rabu, 30 Jun 2010

PERTANDINGAN PETANQUE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU






Tahniah buat pasukan Petanque SMKKN yang telah berjaya ke Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Terengganu yang bertempat di PADU, Dungun. Pasukan P15 yang disertai oleh Fhatin Nur Syafiqah Muhammad, Nor Shuhada Natasya Zulaini dan Fazidah Sahak telah menggondol Naib Johan di dalam pertandingan tersebut. Pasukan P18 dan L18 yang tidak berjaya diharap tidak berputus asa ye..

KEJOHAHAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN

Atlet-atlet SMKKN telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Dungun yang bertempat di SMK Sultan Omar. Para atlet dengan penuh semangat kesukanan telah berusaha sedaya upaya dalam setiap pertandingan. Tahniah di atas kejayaan anda semua!!

BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM



Unit Kokurikulum SMKKN telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kokurikulum pada bulan April yang lalu. Bengkel ini disertai oleh AJK Induk setiap unit Koku iaitu Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Kelab Sukan & Permainan. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari di dalam Bilik Sejarah. Semoga setiap peserta bengkel menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diberi dan tidak memberi alasan 'tak pandai', 'tak tahu' lagi selepas ini..Jadilah pemimpin yang berdedikasi dan cemerlang!!

Selasa, 29 Jun 2010

ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA

Seorang Pandu Puteri Renjer SMKKN telah dianugerahkan Pandu Puteri Raja, iaitu anugerah tertinggi dalam kepanduan. Anugerah ini telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM kita yang mewakili Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Sultanah Nur Zahirah yang tidak dapat hadir. Majlis diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 8 Jun 2010 yang lalu. Sekalung tahniah dan penghargaan buat puteri SMKKN yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha mencapai anugerah tersebut. Bravo...NUR HIDAYAH BT AHMAD ZAKI, 4 SITI AISYAH... Lencana dan sijil disampaikan semula oleh PK1, Puan Hjh Fauziah bt Harun di depan perhimpunan pagi. TAHNIAH!! SMKKN BOLEHHH!!

PARTI BBQ PASUKAN KOMPANG DI SUNGAI TEBING TEMBAH

Setelah berpenat-lelah menerima jemputan majlis perkahwinan, berjemur di tengah panas mengiringi perarakan pengantin, jom kita berpiknik.. Walaupun ada ahli yg tidak dapat hadir, guru pun hanya 3 kerat je..tapi parti bbq tetap berjalan lancar. Licin ayam dan ikan bakar.. sedappp..sehingga menjilat jari..

PASUKAN KOMPANG SMKKN SEMAKIN LAKU..

Sepanjang cuti sekolah yang lalu Pasukan Kompang SMKKN menjadi rebutan resepsi perkahwinan di sekitar Paka dan Dungun. Sehingga bertindan pada tarikh dan waktu yang sama. Terpaksalah Puan Zarina dan Puan Jalilahwati berkejar-kejar dari Dungun ke Paka kerana majlis tersebut di Sura dan Paka. Namun, demi tidak menghampakan pihak yang menjemput,pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Terima kasih di atas jemputan pihak pengantin..kalau sudi jemputlah lagi..