Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur

5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur

PELAN PENDIDIKAN 2013 - 2025

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur

EVERY WEDNESDAY IS ENGLISH DAY

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR




Rabu, 30 Jun 2010

PERTANDINGAN PETANQUE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU






Tahniah buat pasukan Petanque SMKKN yang telah berjaya ke Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Terengganu yang bertempat di PADU, Dungun. Pasukan P15 yang disertai oleh Fhatin Nur Syafiqah Muhammad, Nor Shuhada Natasya Zulaini dan Fazidah Sahak telah menggondol Naib Johan di dalam pertandingan tersebut. Pasukan P18 dan L18 yang tidak berjaya diharap tidak berputus asa ye..

KEJOHAHAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN

Atlet-atlet SMKKN telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Dungun yang bertempat di SMK Sultan Omar. Para atlet dengan penuh semangat kesukanan telah berusaha sedaya upaya dalam setiap pertandingan. Tahniah di atas kejayaan anda semua!!

BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM



Unit Kokurikulum SMKKN telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kokurikulum pada bulan April yang lalu. Bengkel ini disertai oleh AJK Induk setiap unit Koku iaitu Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Kelab Sukan & Permainan. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari di dalam Bilik Sejarah. Semoga setiap peserta bengkel menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diberi dan tidak memberi alasan 'tak pandai', 'tak tahu' lagi selepas ini..Jadilah pemimpin yang berdedikasi dan cemerlang!!

Selasa, 29 Jun 2010

ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA

Seorang Pandu Puteri Renjer SMKKN telah dianugerahkan Pandu Puteri Raja, iaitu anugerah tertinggi dalam kepanduan. Anugerah ini telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM kita yang mewakili Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Sultanah Nur Zahirah yang tidak dapat hadir. Majlis diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 8 Jun 2010 yang lalu. Sekalung tahniah dan penghargaan buat puteri SMKKN yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha mencapai anugerah tersebut. Bravo...NUR HIDAYAH BT AHMAD ZAKI, 4 SITI AISYAH... Lencana dan sijil disampaikan semula oleh PK1, Puan Hjh Fauziah bt Harun di depan perhimpunan pagi. TAHNIAH!! SMKKN BOLEHHH!!

PARTI BBQ PASUKAN KOMPANG DI SUNGAI TEBING TEMBAH

Setelah berpenat-lelah menerima jemputan majlis perkahwinan, berjemur di tengah panas mengiringi perarakan pengantin, jom kita berpiknik.. Walaupun ada ahli yg tidak dapat hadir, guru pun hanya 3 kerat je..tapi parti bbq tetap berjalan lancar. Licin ayam dan ikan bakar.. sedappp..sehingga menjilat jari..

PASUKAN KOMPANG SMKKN SEMAKIN LAKU..

Sepanjang cuti sekolah yang lalu Pasukan Kompang SMKKN menjadi rebutan resepsi perkahwinan di sekitar Paka dan Dungun. Sehingga bertindan pada tarikh dan waktu yang sama. Terpaksalah Puan Zarina dan Puan Jalilahwati berkejar-kejar dari Dungun ke Paka kerana majlis tersebut di Sura dan Paka. Namun, demi tidak menghampakan pihak yang menjemput,pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Terima kasih di atas jemputan pihak pengantin..kalau sudi jemputlah lagi..

SPEECH COIR TEAM..CHAIYOK..CHAIYOKK




Pasukan Speech Coir SMKKN telah berjaya mempersembahkan persembahan yang mantap dan kreatif, namun apa daya..kemenangan bukan milik kita.. Pasukan ini dipimpin oleh Puan Norazizah Aziz yang kebetulan ketika pertandingan tidak dapat menyaksikan persembahan anak buah kerana kesihatan kandungan tidak mengizinkan. Tapi anak buah tetap bersemangat meneruskan perjuangan..kalah menang adat bertanding..yang penting memberikan pengalaman pertama kali kepada pelajar yang bertanding. Tahniah!!!


BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT

Pada 29 Jun 2010 telah diadakan Bengkel Pemantapan Solat anjuran J/K Pembinaan modal Insan. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing murid yang lemah dan tidak tahu solat dengan melatih cara berwudhuk dan melafazkan bacaan dalam solat dengan betul. Alhamdulillah, bengkel ini mendapat sambutan dan memberi impak yang berkesan terhadap pelajar dari 2 Zainab dan 3 Ummu Salamah. Jutaan terima kasih kepada Ustaz Abu Bakar dan ustazah-ustazah yang terlibat.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SMK KAMPUNG NYIUR









Menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dgn penuh bersemangat.





Wajah-wajah guru dan kakitangan SMK Kampung Nyiur 2010.




 
© Hak Cipta Terpelihara 2015, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR DUNGUN TERENGGANU.