Seorang Pandu Puteri Renjer SMKKN telah dianugerahkan Pandu Puteri Raja, iaitu anugerah tertinggi dalam kepanduan. Anugerah ini telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM kita yang mewakili Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Sultanah Nur Zahirah yang tidak dapat hadir. Majlis diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 8 Jun 2010 yang lalu. Sekalung tahniah dan penghargaan buat puteri SMKKN yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha mencapai anugerah tersebut. Bravo...NUR HIDAYAH...